Sunday, January 1, 2012

PINDAH RUMAH BARU...


salam 
semua teman-teman blogger 
yang dikasihi
lagi dihormati

 melukis rindu di langit biru,
ayam serama indah bulunya;
tahun baru rumah pun baru,
azam lama tercapaikah semuanya?

ala...
aku bukanlah spesis yang suka
tukar-tukar selera
ada sebabnya kenapa berpindah rumah
1. boring ngan format baru kat sini
2. pening tiapkali nak post entri baru
3. dah takleh nak upload gambar
itulah sebab utamanya

kepada semua
sudilah singgah ke rumah baru Q ya  

RUMAH QUEEENIE BARU DI SINI  

Queenie

Saturday, December 31, 2011

MENANGKAP MENTARI...



aku tangkap mentari ni tadi
guna tangan kamera jer
tangkap sambil pejam mata
main agak-agak jer
takut jugak kekalau buta
punyalah payah nak angkat jemuran
dengan panasnya
dengan silaunya
mata pun terpaksa disepetkan
aaah
payah-payah sepet mata
payah lagi masa sejuk aritu kan?
apa pun takleh nak buat
baju kotor kian menggunung
yang dibasuh tak sempat jemur
yang dijemur tak sempat kering
yang kering tak sempat lipat
yang berlipat tak sempat susun
yang bersusun kian surut
sibuk sangat ker aku tu?
a'ah
sibuk blogging
lalu kayalah jap situkang dobi
kali ni takleh jadi
mentari makin jinak saban hari
azam aku pun nak jadi lebih baik lebih rajin
blogging cuma kasi aku kawan
kadang kawan ketawa
kadang kawan pening
tapi masak-masak boleh kasi duit
duit shopping duit traveling
habis pusing duit kering
masak lagi
masyuk lagi
 
semalam aku tukar duit kat money changer
tengok! aku jimat tau
SGD aritu tak habis rolling
tapi money changer kat sini busuk
duit dia buruk-buruk
kat SG aku dapat duit keras
masih panas
hehe bukan nak kutuk
kisah benar apa
aku nak lipat kain dulu
pastu nak pi jumpa tokey kambing
bayar duit dan bagi nama baby
untuk akad aqiqah nanti
semalam meeting kat sekolah
jumpa satu daddy hensem
dapat baby baru
mintak tolong masuk kenduri aqiqah anak dia
boy
aku pandang ngan kening terangkat sebelah
dia ni...tak sudah-sudah
tu jam nak download tu jam lah kalut
tapi tengok budak pompuan tecik kat sebelah
tak sampai atilah pulak
dia tu anak comel yang makan masakan aku selalu
ok la...ok la...
 
nak taknak aku terima jugak
esok masak kenduri
RM RM RM masyuk lagi
rezeki bebudak
syukur 
Alhamdulillah
 
Queenie
 
 

SAYUR BAWANG GORENG DENGAN DAGING RAMPAI



~**SAYUR BAWANG GORENG DENGAN DAGING RAMPAI**~

sumber : Dari Dapur Zarina 
(buku ini telah berada bersamaku lebih dari 20 tahun)
sila abaikan kecomotannya
bahan-bahannya : 
 macam biasa 
- aku akan masak ikut suka dengan bahan apa yang ada jer...
sikit durhakalah kiranya ya.

 ini daun bawang (besar) atau leek

daging yang telah dihiris dan direbus empuk terlebih dulu

cili kering (cili merah yilek), bawang putih dan bawang besar
kisar halus

 bahagian yang putih ni cuci bersih, belah dua memanjang dan hiris camni


mana-mana daun yang lebar pun dikerat dua memanjang dan potong pendek-pendek camni...


dengan minyak yang mencukupi, tumis bahan kisar sampai garing dan wangi, masukkan daging, kacau 3-4 minit sampai daging mesra ngan cili, gunakan api sederhana


masukkan kesemua leek, goreng kacau lagi...


masukkan 3/4 (tiga suku) cawan air, renihkan masakan hingga kuah kembali pekat dan daun bawang masak sepenuhnya


masukkan kicap manis, garam dan perasa kalau suka
sesuaikan perisanya mengikut kesukaan kita


dah sempurna kesemuanya bolehlah tutupkan api dan hidangkan untuk keluarga


dah beberapa kali try resepi ni...
sesuai ngan selera aku.


Queenie

MASAK-MASAK HUJUNG 2011...



kata nak berenti blogging...

yer ler
kan dah cakap kejap jer
bila sibuk kat puncak
kena berenti ler

bila rasa time tu dah ada
boleh ler blogging semula
ada fehem?

takder?
takper...

okay
ini bukan masak-masak nak sambut tahun baru
tahun baru aku dah berlalu
Maal Hijrah aritu
aku dah masak bubur lambok
tapi tak sempat nak tunjuk
lupa gitu kekdahnya
kerana kesedapannya...

yang aku masak ni
well...semua pun tahu arini
last day 2011
nak citer pun malas
so takyah citer la eh
citer pasal masak-masak jer...

arini masak apa?
hmm...
aku masak 
 ini jer...
 sayur lemak kobis & karot - sayur bawang goreng dengan daging rampai - ayam goreng - goreng sambal cencalok

penat eh nak jawab sms
masuk bertalu-talu
ucap selamat tahun baru
dari si ini dari si itu
dari YB pun ada
aku ingatkan dia dah lupa
tapi
eh, ingat lagi kat aku rupanya


terima kasih ler...


Queenie



Friday, December 30, 2011

BERENTI DULU....


koh!
koh!
eh dahlah
nak berenti blogging dulu

buku anak-anak tadi dah terima semua
nak balut kulit buku dulu
sebenarnya anak-anak boleh lakukan sendiri
sengaja aku enjoy saban tahun
dah macam rutin gitu

pastu nak jahit nama dan lencana
kat uniform baru anak-anak
nak iron baju
nak attend last meeting ngan pihak sekolah
tempat aku cari makan
menu untuk tahun depan

untuk anak-anak
buku, baju, beg, kasut, setokin, alatulis
songkok, kopiah
jadual sekolah
semua dah siap

untuk aku
ubat batuk?
takmu lah
tak suka ubat
tak suka lalok

suka rambutan jer!
argh..tetiba aku
sibuknya
sibuknya
sibuknya

sampai jumpa lagi di tahun hadapan
selamat kembali bersibuk-sibukan
semoga hari-hari mendatang akan
lebih mendapat redha dan rahmat dari Tuhan
serta sehat sentiasa seluruh badan...
amin

Queenie




Thursday, December 29, 2011

MASAK APA LAGI ARINI?



~**TERUNG GORENG BELACAN**~

bila my16 ada kat rumah ni
apalah erti makanan kalau tanpa cili
lagi pedas lagi sedap
seperiuk nasi tak sedar sekali hadap

tinggal berapa hari jer lagi
aku melayan selera my16
Isnin depan dah kembali ke maktab
kejap betul masa berlari
bagai baru semalam dia balik bercuti

arini aku masakkan untuk dia
terung goreng belacan
kekdah aku sama jer
macam selalu yang biasa-biasa
yang penting enaknya terasa

petua menumbuk cili tanpa terpercik ke mata
ialah
masukkan kesemua bahan :
cili padi & belacan & bawang besar & bawang putih ke dalam lesung, tumbuk lebihkurang jer, takyah halus sangat, kang nakkan yang halus, potensi mata dibawa ke sinki amatlah tinggi...
tu jer petua dia, simple jer kan?

goreng terung terlebih dulu sampai masak

tumis semua bahan tumbuk sampai wangi dan hampir garing
tambah sikit air & garam & sikit kiub ayam
tumis lagi sampai air kembali kering
bila dah sempurna rasanya masukkan terung goreng tadi, kacau rata dan sebati, tutup api

 takder lah susah mana...kan?
jemput makan...

ikan goreng ni aku taburkan sikit belen rempah aachi tadi sebelum masuk dalam kuali
sedap beb!

Queenie


SEDAPNYA KARI AACHI...



 ~**KARI IKAN MASALA AACHI**~

aritu aku ada cerita
singgah ke Mustafa store masa kat Singapura
kan?

adalah beli satu dua benda
antaranya...
benda alah ni...
fish curry masala aachi
kalau tukar ngan RM masih murah harganya
tak silap aku 200g dalam SGD1.75 jer
sepeket kari 250g kat sini pun 
harga lebihkurang jer 

perangai aku ni
selalu lupa lepas dibeli
sebab tu banyak rempah simpan dalam freezer
ekekeke
nak selamat kononnya

rempah ni dipilih oleh my10
so arini dia pun buatlah tuntutan
ok - no problem
tapi tengok bawal hitam kat pasar tak fresh
balik-balik tenggiri sampai dah naik geli
gelama, selar, cencaru macam tak sesuai
parang lagilah main jauh-jauh
anak-anak aku takkan sentuh punya
akhirnya terpaksalah amik pari
erk pari masak kari
boleh ker?
argh kita buat dia
try jer

pari yang dah disental ngan asam jawa

ini kekdah masak yang diberi
tapi aku durhakalah sikit ikut kekdah sendiri
nampak tak perkataan KADAI tuh?
aku assume tu belangalah tu...

dia takder sebut halia tapi...masak ikan tanpa halia? eee..tak biasa..so aku tumbuk bawang putih & halia

bersesuaian dengan banyak mana ikan, aku bancuh 3/4 jer dari sepeket rempah tu...bawang besar hiris-hiris

dalam minyak panas secukupnya, tumis bawang besar dulu sampai wangi dan layu, masukkan bahan tumbuk, tumis sampai kekuningan, masukkan sikit air dan rempah yang dah dibancuh ngan air...

tumis sampai rempah pecah minyak, tambah lagi air agak-agak cukup untuk tenggelamkan ikan, bila dah elok mendidih masukkan ikan, kacau ratakan kejap dan didihkan lagi

bila ikan dah elok masaknya, masukkan air asam secukup kita suka (kari ikan sedap kalau agak kemasaman sikit bukannya lemak bersantan agar tak muak). Cukupkan rasa garam dan perisa kalau suka, masukkan sekali bendi, tomato dan daun kari...

kacau rata kejap dan bolehlah tutup api

tak sesia my10 pilih rempah ni
sedapnya hingga menjilat jari
terasa diriku sebijik aci


psst yus - aci tu lebihkurang camni...

 Queenie