BIARKAN SEMALAM BERLALU... KU HAYATI HARI INI SEINDAH MUNGKIN LANTARAN ESOK BELUM PASTI MENUNGGU HARIKU...
"thank you so much Lee..."
Mengenali seseorang itu
kadangkala membuatkan kita ketawa.
Mengenali seseorang itu juga
kadangkala membuatkan kita mengalir airmata.
Sesungguhnya,
mengenali seseorang itu
mampu memberi kita sejuta rasa...
marah,
sedih,
gembira,
sayang
dan rindu.
Tapi sedarkah kita?
Mengenali seseorang itu
sebenarnya adalah satu
ANUGERAH...
Biarpun hadirnya hanya seketika
dan sekadar teman sementara...
Bersyukurlah dengan kehadirannya
kerana barangkali,
melaluinya
kita mengerti apa itu
erti
PERSAHABATAN.