FUNNY. Itu yang dapat ku rasakan dan ku alami setiapkali aku ingin tunjukkan resepi briyani ni...taktau naper...pelik pun iya jugak. Ada-ada jer yang berlaku pada diriku...susah nak ku huraikan perinciannya di sini...nanti boleh disalah tanggap oleh mereka yang gemar beranggapan pula...
Apapun Alhamdulillah, ku kira akhirnya berjaya jugaklah aku sempurnakan sebuah janji yang lama tertangguh ini. Gitu pun, aku akui, tidak mudah bagiku yang selalu masak dalam kuantiti banyak hendak membuat sukatan dalam jumlah yang sikit, ibarat memendekkan karangan dari1000 patah perkataan kepada 100 patah sahaja...jadi aku akui masakan dari resepi ini tidak menepati 100% masakanku sebenar yang lebih senang main 'genggam dan campak' jer...aku kira cuma dalam 80% jer dan aku mintak maaf atas kelemahan ini tapi hey, siapa tahu, anda akan menyukainya...no harm trying, rite?
Seperkara lagi, memang ada sedikit kelainan dari segi bahan-bahannya jika nak dibandingkan dengan resepi orang lain kerana ini adalah cara aku...seorang mamak malbari menurunkan resepi ini kepada ayahku dan seterusnya kepada aku...mungkin ada yang terangkat kedua kening bila membacanya dan berkata, "iye ker?"...iye...resepi briyaniku tak gunakan susu cair/tairu (kecuali nasi) dan ada pula tambahan bahan-bahan lain yang tak ada dalam resepi orang lain...
Perkongsian : sepatutnya masakan ini ku siapkan semalam namun atas sebab-sebab tertentu maka tertangguh lagi pada hari ini... jadi beras basmathi yang agak lama terendam menghasilkan seperti yang anda akan lihat...patah dan kembang walaupun dah ku kurangkan sukatan airnya.
Ikutkan hati aku memang tak terdaya dan berputus harap atas segala dugaan demi dugaan ini sebab hari ini saja aku siapkan makan-makan untuk anak-anak yatim di dua tempat berlainan - 200 orang makan (kesibukan ini akan berlarutan hingga Ramadhan)...dan ada urusan ngan sekolah anak-anak lagi (ayahanda ternyata tersangat bz, so mau tak mau, boleh tak boleh aku terpaksa jugaklah menapak dengan keletihan zahir dan batin)...dua sekolah yang berlainan dan berjauhan...tapi demi janji...tetap ku gagahi...
Apa pun, aku harap apa yang ku tulis di sini dapat memberi sedikit manafaat dan juga sebagai tambahan kepada koleksi briyani anda, kepada yang sudi selamat mencuba - Q.
BIRYANI KAMBING ALA Q.
1/2 kg lamb (rebus empuk dulu, buang air dan lemaknya)...5 biji cili hijau (kisar asing)...2 biji bawang besar + 1" halia + beberapa biji bawang putih + 2 batang serai + 1/4" lengkuas - kisar halus. 1 biji bawang besar + 1" halia " + bawang putih hiris. Rempah tumis secukupnya - spt dalam gambar.
panaskan kedua jenis minyak dalam kuali - goreng bahan hiris + rempah tumis (kulit kayu manis dll) sampai kekuningan baru masukkan cili hijau kisar dulu...tumis sampai garing jugak... jaga api jangan terlalu besar...
masukkan bahan kisar seterusnya...tumis lagi sampai garing...
sementara itu kisar 5 biji buah keras yang telah digoreng terlebih dulu, buah keras ini lebih enak jika digantikan dengan 6-7 biji badam...
bila bahan tumis dah garing, masukkan buah keras/badam kisar... kacau lagi sampai garing lagi...pastikan api tidak terlalu besar...
sementara itu, sediakan 1 sudu makan rempah kurma adabi dan 2 sudu makan rempah beriyani (beli timbang kilo kat care4)
rempah biryani yang ku beli di care4...3 tahun dulu harganya hanya rm20 sekg, sekarang dah naik hingga rm35...tapi anda juga boleh beli dalam jumlah yang sikit ikut keperluan sendiri...
bila bahan tumis dah garing masukkan 3 cawan air...kacau sebati, masukkan kedua jenis rempah tadi, kacau lagi sampai rata dengan api yang perlahan...masukkan sekali daging agar dapat menyerap segala rempah dan perasa...
sediakan 2 sudu makan tomato puree, 2 sudu makan tomato sos san 3 sudu makan cili sos, kesemuanya jenama kimball...tomato puree ini boleh ditukar kepada tomato sos sepenuhnya. Kalau cuma masak sikit, baki puree dalam tin mesti simpan dalam freezer sebab wlp simpan dalam fridge, ia still boleh berkulat...
masukkan kesemua sos dalam kuali, tambah garam secukup rasa, masukkan juga 1 sudu makan kerisik dan 2 sudu makan honey. Honey ni masukkan 1 sudu dulu dan kacau rata, kalau anda rasa dah cukup sesuai kemanisannya, tak perlu tambah, tapi kalau suka terasa manisnya boleh tambah lagi honey...tak perlu serbuk perasa...boleh merosakkan keenakan biryani...
hiris 1 biji tomato, masukkan dalam kuali dan kacau rata lagi, sorry...aku TERmasukkan dedaun sikit tadi..
sediakan segenggam bawang goreng, sedikit daun pudina dan daun sup/bawang...
masukkan bawang goreng dulu...kacau rata-rata....
akhir sekali masukkan kedua daun...
kacau sebati dan renihkan seminit dua...
bolehlah dihidangkan....
nota : kalau nak gunakan beef, boleh jugak guna cara yang sama.
Kalau gunakan ayam, goreng ayam terlebih dulu sampai masak. Gunakan minyak menggoreng ayam untuk menumis bahan. Bila kuah dah elok sempurna rasanya barulah masukkan ayam goreng tadi.
Kalau taknak rebus daging dulu, boleh perap daging mentah dulu ngan tairu dan rempah sebelum dimasukkan dalam bahan bertumis...tp kena masukkan air agak lebih untuk melembutkan daging...
Kuah ini boleh dimasak lebih dan simpan dalam freezer. Kalau ada tetamu nak datang makan kat rumah, hanya defrostkan dan boleh tambah ayam goreng atau lamb/beef yang dah direbus lembut dulu.
NASI BIRYANI ALA Q.
2 tin susu beras basmathi - cuci bersih dan rendam selama lebihkurang 1/2 jam - tos.
bahan tumis 1 biji bawang besar hiris, 4-5 biji bawang putih hiris, 1 sudu makan halia hiris dan rempah tumis 4 sekawan. Untuk kisar - 1 biji bawang besar, 1/2" halia dan 4-5 bawang putih. Daun pandan disimpul.
1 biji tomato potong-potong, sedikit daun pudina dan daun sup/bawang, sedikit gajus dan kismis digoreng dan 1/2 cawan susu cair + jus dari 1/2 biji limau nipis (tairu). 2 tin susu (sukatan beras) air + 1/2 cawan air lagi...
dalam periuk yang bersesuaian, panaskan 1/2 cawan minyak masak + 1 sudu makan planta + 1 sudu makan minyak sapi (aku guna QBB - dah halal kan?)
tumis bahan hiris + rempah 4 sekawan sampai kekuningan, masukkan bahan kisar, tumis lagi sampai hampir garing...kalau terlalu garing nanti air rebusan jadi keruh dan ini akan membuatkan nasi nampak 'kotor', kalau masak nasi bukhari tak apa...sebab nasi bukhari memang bergaul rempah sekali...
bila dah elok masak rencah tumisan tadi, masukkan air, tairu, daun pandan, tomato, garam dan perasa secukup rasa...
bila dah mendidih, masukkan beras...selalu kacau perlahan untuk elakkan dari hangus dan berkerak...
kacau hingga kering begini, kecilkan api dan tutup periuk, biarkan hingga 15-20 minit atau sampai naik wap...
bila dah masak, buka tudung periuk, kacau nasi perlahan-lahan, buat 3-4 lubang pada nasi dan masukkan rempah biryani anggaran sesudu pada setiap lubang, banyak mana rempah diperlukan bergantung kepada banyak mana nasi yang dimasak, kalau terlebih rempah pun tak best jugak kan? tutup semula rempah/kuah dengan nasi, tabur sedikit minyak dari kuah briyani ke atas nasi...
pewarna kuning telur boleh menggantikan safron/koma-koma...
titiskan pada beberapa bahagian nasi...biarkan jer begitu tanpa dikacau-kacau...
kemudian masukkan sekali gajus dan kismis...
akhir sekali masukkan pudina, daun sup/bawang dan daun pandan yang baru...tutup periuk dan biarkan selama 15-20 minit lagi...oh ya, kalau suka boleh juga renjiskan air mawar ke atas nasi sebelum diletakkan daun-daun...
masukkan nasi dan briyani dalam pinggan, sila makan...maaf beras terlebih rendam so nasi terlebih kembang...
sepatutnya nasi biryaniku secantik ini...aku dah terlalu letih untuk masak semula...so lesson to learn : rendam beras bila betul-betul dah bersedia untuk masak ya...
Alhamdulillah, AT LAST...walaupun kurang sempurna pada nasinya tapi aku rasa macam dah terangkat satu beban di bahuku, beban hutang janji. Aku harap agar segalanya diterima seadanya dan maafkan atas sebarang kekurangan yang ada. Ini bukan yang terbaik atau yang tersedap hanya sptmana yang ku katakan di atas anggaplah sebagai penambah koleksi biryani anda. Aku halalkan segalanya.
Salam kasih salam sayang buatmu peeps,
cubalah kalau sudi,
Queenie.






























QJ,
ReplyDeleteI'll definitely cook this next week. kambing dah ada, beras dah ada, semua bahan pun ada. thank you! :D
Shidah...berhati2 ngan beras tu ya shidah, akak dah terlebih lama rendam (almost 8 hrs!) tat's y nasi kembang dan kontot2, hancus! sebenarnya segan nak tunjuk tp apakan daya nak masak yg lain tenaga dh takder....
ReplyDeletetp akak yakin Shidah dah biasa masak nasi minyak and nasi hujan panas so no problem punya,kan? lebih kurang camtu lah and bab lauk dia tu, diakui tak sama 100% ngan yg akak masak banyak2 tu, masa masukkan sos nanti Shidah gunakan kepakaranmu sendiri ya....rasa tersiksa betul bila masak bersukat bahan....heh3...
ok, all d best to u dear!
Terima kasih. Penerangan yang sangat detail. Mudah untuk saya yang tak pandai masak nih pun paham. Anda memang berbakat menjadi pengajar. Mudah paham tunjuk ajar anda. Allah sahaja membalas. :) anak dagang UK
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau apa yg tertulis di sini dapat sampai dan jelas kpd yg membacanya...
ReplyDeletesemoga sama2 dpt manafaatnya jikalau ada, insyaAllah.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSesekali bila nak lepas rindu, kena berkunjung ke kedai 'mamak'. RM8 sepinggan dengan paha ayam yang semakin mengecil.
Terasa ingin nak cuba bila lihat keenakan dan kelazatan beriyani yang ditunjukkan ini. TQ berkongsi resepi, moga dimurahkan lagi rezeki, insyaAllah.
TQ
Wa'alaikummussalam...
ReplyDeleteKat sana masih boleh dapat rm8? Di sini ada yg mencecah rm12 dgn serba serbinya mengecil, cuma harga yg semakin membesar...heh3
Kalau teringin dan punya masa silalah cuba... kalau sedap beritau kawan2, kalau tak sedap sila beritau saya (komplen) hek3...
Asalamualaikum, aterima kasih kerana sudi menunjukkan cara-cara memasak briyani kambing, cuma saya ingin bertanya berapakah anggaran yang perlu dimasukkan serbuk briyani ke dalam nasi. Sekian terima kasih daun keladi(maaf kerana gunakan anoymous sebab buka akaun goggle tak berjaya lagi)
ReplyDeletesalam Kak Q,
ReplyDeletetak tau apo kono ngan pc kat office ni.. buek hal pulok.. komen ilang b4 dpt post..
saffron tu biasa ada jual kat mana kak Q..??
biryani kambing favourite anak-anak kat rumah esp my daughter ngan mr hubby.. nanti boleh lerr sy try masak..insyallah..
tq kak Q :D
Salam anon dan sue...
ReplyDeletesaya dh terlambat sgt nih, saya siapkan tugas saya dulu ya, jawab nanti, not to worry.
Salam anon...
ReplyDeletesetahu saya...nasi briyani tak perlukan serbuknya...saya faham pasal ada sesetengah org tumis serbuknya sekali dlm nasi...tp bg kami org2 Johor dan S'pore esp berketurunan Arab takder istilah gitu...
Kalau Puan/Tuan pernah makan nasi briyani gam yg ori punya, beras tu sekadar dicelur 3/4 masak, kemudian barulah dilapiskan ngan lauk briyani yg dah sempurna masaknya, dua tiga lapis, tutup periuk dan gam dengan tpg gandum...rasanya masyaAllah nikmatnya.
Saya punya tu dikira edisi briyani darat. Sbb tu sebelum masak nasi kami masak lauknya dulu, dgn tujuan kuah dan sedikit minyaknya akan diambil utk dimasukkan ke dalam nasi... ia tak perlu dikacau merata, cukup sekadar bertompok2 jer...di situlah keistimewaan nasi briyani berbanding nasi minyak yg lain...SEDIAKAN LAUKNYA DULU....
saya tak kisah kalau ada org tumis serbuk rempah dalam nasi sebab itu adalah variety dlm dunia masakan...boleh jer gitu.
apapun seingat saya nasi briyani sebenar tidak gitu...takder serbuk rempah masa masak, cuma gunakan rempah yg dah siap dimasak...mcm cara saya yg saya tunjukkan tu...
harap ini boleh membantu anda.....
Wa'alaikummussalam wbt sue (pada anon di atas jugak, lupa td, maaf ya)
ReplyDeletesaffron tu senang di dapati di kedai mamak yg jual rempah, biasanya dalam pasar...rendam dulu saffron tu dgn sikit air, kemudian masukkan dlm nasi sama ngan mcm pewarna kuning tu...masukkan dgn tmbakaunya sekali (dia mcm tembakau kaler oren pekat)...masukkan tompok2, jgn kacau2...
sue, yg akak tunjukkan tu adalah cara akak, ia bukanlah yg paling betul atau yg paling sedap, sue boleh rujuk kat org lain jugak ya...cuma itulah cara masakan briyani akak dan akak bersyukur ianya pernah dinikmati oleh Perdana Menteri Malaysia heh3..dlm satu jamuan makan-makan...mintak tapau 30 bungkus lagi...manis kenangan tu....
salam kak Q,
ReplyDeleteklu dah PM minta tapau.. insyallah sedap lah tu kak Q..
saya bab masak biryani mmg tak tau kak Q..hahaha.. so tak tau orang masak mcm mana.. masak nasi minyak pun tak berapa nak lepas lagi.. kalau ada guru yang sudi nak ajar..alhamdulillah :D
akhirnyaa....penantian ku berakhir...tima kasih yg x terhingga pada kak Q yang sudi berkongsi secret recepi nasi beriyani..
ReplyDeleteWell sue...sedap tu kan subjektif...
ReplyDeletepsst PM tu bukan TS Najib tau...
akak pun rasa lega sangat intan...janji punya pasal kan? mcm pikul hutang tau. harap intan dpt faham sepenuhnya ya...
ReplyDeletehey, mana ada secret2...open ada lah...har3..
lahai bukannya boleh bawak masuk kubur pun kans?
wahhhhhhhhh...
ReplyDeleterumit juga nk masak beriyani ni kan...
banyak step...
thanks kak Q sudi kongsi resepi
estee...
ReplyDeleteia nampak rumit kepada org yg tak biasa buat..
kalau dah biasa tu semuanya dlm genggaman jer...hanya perlu campak2 jer...
salam kak Q.....lamanya tak dpt nak jengah blog akak ni. Busy yg tak sudah2. Bila scroll n3 lama2 td, nmpak resipi ni. Terus je salin. Thank you so muchhhhh kakkkkk!!!! Esok saya nak msk resipi akak ni!!!
ReplyDeletemiss uuuuuuuu!!!!!!
wa'alaikummussalam wbt ain...
ReplyDeletemana hilang?! akak ingatkan ain ada merajuk kat akak...
akak harap masakan ain menjadi...ada jugak org komplen kat akak, dia punya tak jadi...akak pun taktau nak ckp camner ek? mungkin air tgn memasing kot...yg penting akak dh terangkan sejujurnya...
ada jugak yug cakap cara akak ni cerewet...yg tu akak taktaulah..sebab akak dh jelaskan apa yg akak beri adalah cara akak..kalau depa tak puas hati sila rujuk pada sumber lain..melambak2 kat luar sana kan?
kdg payah kan ain? kasi salah tak kasi pun salah....dah kasi dikatakan kita menipu pulak.. mcm2 hal manusia ni...
apa pun akak mmg tak suka dan tak reti masak bersukat bahan. Lebih sunang main campak2 dan bila disukat2 rasanya mmg tak dpt 100% sama mcm masakan akak yg biasa...tang tu akak tak berdayalah...
sbb tu bila ain nak try resepi ni nanti, selain bahan2 tersebut, bab2 rasa masin manisnya ikutlah naluri ain sendiri...ya.